BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 29, 2012

Isteri Aku Dari Masa Depan(Belum Berakhir)


 I was doing my normal stretching routine Pagi tadi aku membuat rutin regangan biasa lepas balik dari surau. Macam biasa aku bukak la laman web baca berita segala. Periksa emel.

You have 1 new email from unknown.

Ehh? Aku bukak.

You ni cute la kan? Dulu I cakap kurangkan merokok, you quit terus. Makan nasi ikut time, you ikut jugak. Sekarang dah pegi masjid kan? Eeee cuteeeee!

Oh in case you don't remember, this is your wife from the future la sayang. Sekarang masa kita bersama dah panjang sikit, thanks to you! (´ε` )♡

Dah tau belom I sape? Sekarang you dah single kan? Cepat la...do something, ambik jiwa I ni...please~

Love,
Isteri yang mencintaimu.
 
Aku bukak facebook balik. Untuk pengetahuan semua, aku ada jugak dpt bende sama mcm ni bertahun dahulu. Tapi Ayu Raudhah orangnya, nakal budak tu. Nanti aku link balik note lama aku.

Aku fikir nak balas balik ke tak. Macamana kalau ni yg pompuan depan rumah? Seingat aku first note aku tahun 2009. PSYCHO ALERT! Eh tapi dia takde pulak pakai bahasa KayEll ni. Aku tak nak balas. Segan. Malu. Hihihi. (#/。\#)

So, ada 2 benda yang aku kene tau sekarang.

  1. Siapa perempuan ni?
  2. Macamana cara aku ambik jiwa dia sampai kahwin ni?

Hint dia, dia ckp 'ambik'. Well, dlm yg asal dia ckp 'beli', ni 'ambik' pulak. Kalau analisa aku betul, maksudnya mungkin aku dah kenal dgn dia ni, tapi kitorang dua takde perasaan antara satu sama lain, or memendam perasaan? Macam tu? Ahh lain kali la aku pikir.

Nah link note lama.Tak reti aku linking kat notes FB ni dah. Korang copy paste masuk address bar boleh kan? Takde bengap sgt bende tu kan?

  1. https://www.facebook.com/notes/mikhail-clair/isteri-aku-dari-masa-depan/89042003226
  2. https://www.facebook.com/notes/mikhail-clair/isteri-aku-dari-masa-depan-ii/90181153226
  3. https://www.facebook.com/notes/mikhail-clair/isteri-aku-dari-masa-depan-iii/94652058226
  4. https://www.facebook.com/notes/mikhail-clair/isteri-aku-dari-masa-depan-kisah-terakhir/129573818226

Tu ikut turutan. Tak tau lak aku ape yang aku ubah sikit2 boleh buat isteri aku dari masa depan kontek aku balik hehehe.

Dulu ni spoof kpd karya pipiyapong dgn vonin. Skrg jd serius ade woii!

Isteri Aku Dari Masa Depan (Kisah Terakhir?)


Dah lama dah. Aku memang tak pandang awek lain lagi. Sumpah! Kalau aku menyusuri laman web kat Internet ni, confirm mana ada aku tengok gambar pompuan. Pantang Nampak je gambar pompuan, aku close window atau tab dia. Aku memang setia habis dengan awek aku ni. 

Tapi macam biasa, dah nama pun aku. Aku naif. Licik satu hal, tapi naif. Aku tengah menyusuri facebook orang, baca- baca apa yang patut. Bak kata lecturer aku kat dalam kelas Jaringan Hubungan Maya, 'chain browsing' atau penyusuran berantai (ni nama gengster baru aku la, habes tomoi la aku rase!) Ada seorang member mafia aku (aku dah cakap aku gengster!), ade status update baru.

Macam ni status update dia. " Mencari Calon Suami, Isteri High Tech" . Huish! Teruja gak aku masa tu. Baca sikit tengok macamane~ Dia dalam bentuk note, macam yang sedang korang baca ni la. Member aku tulis kat situ dia copy paste note tu. Ini antara isi kandungan penting dia.

Hi,
Nak kenal? ..........Tak boleh. Sebab I isteri you dari masa depan. You fikir sendiri macamana nak curi hati I.

Terkesima aku lepas baca part tu. Habis dejavu aku. Aku periksa balik note tu, mane tau ade gambar ke dia letak. Aku baca balik. ADA LINK NOTE ASAL! Click!

Nama profile dia Isteri Anda. Gambar nampak tangan putih mulus dia je. Aku cek info. Biase je. Letak info sikit, perahsia jugak. Periksa gambar dia. Aku KECEWA!! AYU RAUDHAH!! WAAAA! 

Ayu Raudhah rupanya. Ala, korang google, ade la keluar muka dia tu. Orang Malaysia. Pelakon. CUN GILE GILE! Not bad gak la. Tak kecewa pun. Aku dah ceraikan dia. Lantak la. Dia dengan pemain bola sekarang kan? Yang twin tu? Watever la~ 

Ini adalah tulisan fiksyen sambungan dari Isteri Aku Dari Masa Depan, Isteri Aku Dari Masa Depan II dan Isteri Aku Dari Masa Depan III.

Isteri Aku Dari Masa Depan III

by Mikhail Clair on Monday, 22 June 2009 at 23:31 


Aku tengah tengok rambut aku kat cermin besar dalam tandas masa tu. Hish, macam tak betul jer aku gunting tengah hari tadi. Tapi takpe, aku bukan suka keluar rumah pun. Aku riki line Facebook, nak check berape ramai cakap aku hensem atau comel hari ni.

Check e-mail dulu tengok macamane. Sejak aku ade e-mail 'professional' ala-ala orang dah keje ni, takde spam hanjing datang. Ajaib gak la. Ade e-mail dari Mensa Society. Dia cakap "Congratulation, you have passed the Mensa Entry Test and therefore eligible to be in our prestigious society." Aku terus mark jadi spam. Ingat aku suka sangat mengejar gelaran intelektual? Tomoi la Mensa. Jom la lawan subjek Sejarah!

Baru la aku bukak Facebook. Mula-mula, bukak Mafia Wars. Pastu baru tengok inbox. Huish. Awek comel gambar profilenya. Title " Hi sayang". Aku bukak. Aku baca sikit. Nah korang baca sendiri.

Hi sayang.

Dah lama kita tak menjalani kehidupan berkaseh sayang kan? Hihi. ;p

Tu je dia tulis. Aku cuba-cuba fikir balik, bila masa lak aku berkaseh sayang seperti orang normal ni. Aku sebagai org Mensa manede buat bende macamni(masa ni baru mengaku). Aku pemalu. Bercumbu mahupun bercumbu rayu pun tak pernah. Hish! Aku repot kat Facebook nyer customer service. Aku pergi tandas lagi, tengok muka sendiri kat cermin. Muka aku merah macam isi buah dragonfruit fresh dari ladang.


Ini adalah tulisan fiksyen sambungan dari Isteri Aku Dari Masa Depan dan Isteri Aku Dari Masa Depan II.

Isteri Aku Dari Masa Depan II

by Mikhail Clair on Wednesday, 10 June 2009 at 01:47 



Aku macam kagum sangat dengan cakera keras hitam gedabak Maxtor Seagate 1 terabite malam tu. Duit aku kat mafia wars pun tak banyak tu. 

Aku setting nak tidur, tapi...itu la. Ada halangan yang mengganggu. Lagu 'Apo Nak Dikato' dendangan Blues Gang kedengaran. Mana pulak aku letak Motorola canggih aku yang orang sering cemburui ni.

Jumpa. Huish..nombor Kay Ell. Celcom, sama macam aku. Aku flip gaya superstar.

"Hello? Mikhail? You ke tu?" suara perempuan macam comel-comel mintak belaian camtu. Aku macam rasa nak sound je, tanya satu-satu boleh tak. Ini tanya 3 sekali, ingat aku processor ke ape.

"Hello, Assalamualaikum, Mikhail bercakap, saya berbicara dengan siapa ni?" nah ambik kau proses la banyak tu.

" I wife you la sayang" lepas tu senyap.

Rupa-rupanya aku ter'flip' telefon aku, sekaligus menamatkan perbualan yang aku tahu tak kan kemana.
Ingat aku tak tau org call aku ni tak comel. Aku ada saikik la weh~


*Kepada yang macam tak tahu apa yang berlaku sebelumnya, sila rujuk nota aku yang bertajuk ' Isteri Aku Dari Masa Depan'. Ya, kalau aku rajin aku buat dalam blog...lagi.

Isteri Aku Dari Masa Depan

by Mikhail Clair on Saturday, 6 June 2009 at 17:05

 

Aku betul-betul kompom penat malam itu.

Kerja kat rumah mcm buruh. Mana nak kejar deadline abiskan game bulan depan, nak hambat Facebook, nak update blog(kononnye laa), dan nak layan YM...eh, tu dah tak main lak. Hehe.

Aku mandi, dengar lagu Cik Zooey satu dua dan...

mata pun pejam.

Mimpi baru nak masuk montaj logo Grand Brilliance bila terdengar bunyi band Kelab Basikal Bombay, sebok lak main lagu mlm2 camni.

Aku angkat.

"Hello?" suara makwe. Terkejut bukan main aku. Iyalah, selain dari org-org salah nombor yg ckp bahasa pelik, dan sekali-sekala mak aku call kalo dia ade mood, tiada makwe lain yang berani telefon aku sekarang. Biasala, aku ni dikenali sebagai loner.

Oh, kecuali makwe member aku. Itu pun sebab sibuk tanya mana pakwe dia, apsal tak angkat panggilan dia. Suka ati pakwe ko la, ntah die tgh ceret ke ape, ko kacau apesal.

Kembali kepada soal aku terkejut tadi. Aku pun membetulkan suara, supaya nampak steady, King mesti la steady.

"Ya?" jawab aku, steady.

"Dah tido ye?" makwe tu tanya.

"Err, belum. Tengah buat kerja-kerja analisis," menipu sikit. Makwe tak suka lelaki lemah yang jenis main game pondan (kecuali...ade la).

"Tipu, i kenal you,"

Huh, ber i ber you, ni tak makwe urban, mesti ade mix-mix ni.

"Kenal i? Hebat!"

"I kenal you luar dalam. I kan wife you,"

"Huh? Bila pulak i kahwin? Tak pernah pergi masjid pun."

"I wife you dari masa depan. I cuma nak beritahu, start makan nasi mengikut masa, hisap rokok biarlah carik yg murah, i tak suruh berhenti, cuma ade la sikit duit nak beli susu anak kite nanti."

"Uh?"

"Sebab i baru kehilangan you. Masa kita sekejap saja."

"Huh? Kalau betul you wife i, macam mana kita jumpa? Bila? Esok ke? Apa nama you? Chomel ke tak?"

"Kalau kasi tau, tak suspen la, nanti you tak buat macam mana you buat masa nak beli jiwa i,"

"Kalau macam tu i ceraikan u dengan talak tiga. See you in court!!" jawab aku sambil mematikan panggilan. Aku terus tidur. Tak nak beritahu sudah. Buang masa. Esok nak kene bangun tengahhari lagi. Kalau bangun awal, peduli apa nenek aku nak marah. Ntah kene buat kopi ke, training mop toilet tadika ke, tak terjangka kerja sekarang ni.

Dia tak sms atau telefon lagi. Merajuklah tu.

Terlupa pulak aku apesal masa kita sekejap saja tu. Aku rase betul la kot talak tiga tu.


Versi spoof org biasa dari entri blog pipiyapong ngan vonin.

Friday, September 14, 2012

Blogger problem in Android

I have a problem with the Blogger app in my Motorola Atrix 2 ICS 4.0.4.

I made a post, the first one from my mobile. Tried to save it, then a force close. After I re-opened the app, it is already saved. So now the problem is...

It stucked at publishing. Nothing I do can make it went published. Bad apps. Fix it.

I've sent a report too. Don't know what are their reply. Or if they even read my report.

Monday, September 10, 2012

I don't usually curse

But when I do, it tend to last for weeks. Oh yeah, raised as a kid who must use hatred as a defend mechanism, I don't curse alot or else I'll get in trouble.

 Something really pissed me off. Yes I consider myself as a very forgiving person. Too forgiving maybe. Had this happen years ago, you might be visiting me at a cemetery and reading this through someone's thought.

Dude, it has been months, just forget it already!*Yup, talking to myself now*

 *But I just knew some weeks ago!*

 Ok, give it a few weeks. If the cursing still persists, well, maybe get laid<---HAHAHA IMPOSIBBRU!!.

Or play more with the cats. Whom I just buried this morning, and another yesterday evening. :(

 I need a hug..